Saturday, 14 July 2012
Tuesday, 10 July 2012
cara-cara berwuduk
Wuduk adalah penting dan ada kaitannya dengan ibadah yang lain.
Wajib berwuduk ketika hendak mendirikan solat, menyentuh Al-Quran, tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman ! Apabila kamu hendak mengerjakan solat basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sehingga buku lali."
Cara-cara Berwuduk
Wajib berwuduk ketika hendak mendirikan solat, menyentuh Al-Quran, tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman ! Apabila kamu hendak mengerjakan solat basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sehingga buku lali."
Cara-cara Berwuduk
1. Membersihkan kedua belah tangan
2. Berkumur
3. Membersihkan hidung
4. Membasuh muka ( 3 kali ) dan niatkan dalam hati
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala".
5. Membasuh tangan kanan dan tangan kiri hingga ke siku ( 3 kali )
6. Menyapu sebahagian kepala ( 3 kali )
7. Membasuh telinga kanan dan telinga kiri ( 3 kali )
8. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali ( 3 kali )
Monday, 9 July 2012
1 Bijak 9 Julai 2012
''كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه''
Sabda Nabi saw: "Setiap anak dilahir atas fitrah. Maka ibubapanya yang menjadikan ia yahudi atau nasrani atau majusi"
Mudah2an kamu semua menjadi insan yang bertakwa kepada Allah swt dan menjadi muslim dan muslimah yang sejati.
Sunday, 8 July 2012
Tidak
boleh doa tambah duit?
Jawapannya adalah boleh dan dibenarkan di sisi syarak dan
ianya adalah sunnah Nabi kita saw dan selalu diamalkan oleh beliau. Oleh itu,
kita digalakkan membaca doa ini dan membawanya bersama kita.
Di antara doanya yang masyhur ialah Doa Nurun Nubuwwah
yang terdapat di dalam kitab-kitab silam dan kontemporari.
دعاء نور النبوة
بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ
ذِي السُّلْطاَنِ الْعَظِيمِ, وَذِي الْمَنِّ الْقَدِيمِ, وَذِي الْوَجْهِ الْكَرِيمِ,
وَوَلِيِّ الْكَلِماَتِ التَّامَّاتِ, وَالدَّعَوَاتِ الْمُسْتَجَابَةِ, عَاقِلِ
الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ, مِنْ أَنْفُسِ الْحَقِّ عَيْنِ الْقُدْرَةِ وَالنَّاظِرِينَ,
وَعَيْنِ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ وَالشّياَطِينِ, وَإِن يَّكاَدُ الَّذِينَ كَفَرُوا,
لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ
لَمَجْنُونٌ, وَمَا هُوَ إِلاَّ ذِكْرُ لِّلْعَالَمِينَ, وَمُسْتَجَابُ لُقْمَانَ
الْحَكِيمِ, وَوَرِثَ سُلَيْماَنُ y¼ãr#y عَلَيْهِمَا السَّلاَمُ, اَلْوَدُودُ ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدِ, طَوِّلْ
عُمْرِي, وَصَحِّحْ أَجْسَادِي وَاقْضِ حَاجَتِيْ, وَأَكْثِرْ أَمْوَالِي وَأَوْلاَدِي
وَحَبِّبْ لِلنَّاسِ أَجْمَعِينَ, وَتَبَاعَدِ الْعَدَاوَةَ كِلِّهَا مِنْ بَنِيْ
ءاَدَمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ, مَنْ كَانَ حَياًّ وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكاَفِرِينَ,
وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْباَطِلُ, إِنَّ الْباَطِلَ كَانَ زَهُوقاً, وَنُنَزِّلُ
مِنَ الْقُرْءاَنِ مَا هُوَ شِفاَءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ, وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ
إِلاَّ خَساَراً, سُبْحاَنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ, وَسَلاَمٌ
عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعاَلَمِينَ.
Ertinya:
“Ya
Allah, Zat Yang memiliki
kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah
yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab,
penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang
memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir
benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka
mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu
tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul
hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Alwadud (Allah adalah Zat Yang
Maha Pengasih) (tujuh kali Alwadud)………………(sebutkan hajat di hati kepada Allah)
yang memiliki singgasana yang Maha Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad
tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku
(pengikutku), cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak
cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup (dihatinya) dan semoga tetap
ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil
telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami
turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan
menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha
Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh
orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi
Allah Tuhan Semesta Alam.”
KELEBIHAN
DOA NURUN NUBUWWAH
1) Diriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda setelah solat Subuh
ketika bersama-sama dengan para Sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah
Malaikat Jibril (a.s.) membawa Doa Nurun Nubuwwah seraya berkata: “Wahai
Rasulullah, aku telah diutus oleh Allah Taala untuk menyampaikan doa ini
kepadamu”. Selanjutnya Rasulullah
(s.a.w.) bersabda: ((Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila dibaca
dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat
membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut
disimpan dalam rumah, maka Allah akan sentiasa memberikan perlindungan
kepada penghuni rumah itu daripada sihir, tenung atau penyakit.
2) Barangsiapa yang dan mengamalkan doa Nurun Nubuwwah secara istiqamah
setiap hari pada setiap selesai solah sekurangnya satu kali, maka apapun
hajatnya akan segera terlaksana.
3) Apabila diletakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada
tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang didiami syaitan,
jin, iblis atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu
singkat mereka akan bubar dan pergi tanpa kembali lagi.
4) Bila doa Nurun Nubuwwah dibaca setiap hari, maka akan selamat dari
siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar daripada godaan syaitan.
5) Rasulullah (s.a.w.) bersabda ((Jika kamu ingin dimuliakan orang lain,
maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah))
6) Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada
mata yang sakit itu. Insya Allah akan
lekas sembuh.
7) Bilamana ada orang bertengkar dan anda membaca doa ini Insya Allah
orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling bermaafan.
8)
Apabila
anda dalam perjalanan dan hujan hendak turun dan anda hendak elakkan hujan,
bacalah doa ini Insya Allah hujan tidak jadi hujan.
Selain
itu, ada riwayat lain menyatakan kelebihannya:
1. Doa ini boleh di pergunakan untuk
memohon kekayaan. Kepada orang yangberhajatkan kekayaan, doa ini hendaklah di
baca 100 kali pada malam Jumaat.Tanamkan kunyit dalam tanah di suatu tempat
sunyi. Banyaknya kunyit terpulang pada
orang yang memohon kekayaan itu. Jika di kabulkan Allah, orang yang mengamalkan doa ini akan mendapat
alamat apabila kunyit yang di tanam sudah bertukar
menjadi emas.
2. Jika di baca pada setiap lepas sembahyang
lima waktu, apa
yang kita hajati insya- Allah
akan berhasil.
3. Jika ada raja yang ingin menjadi
pendeta, maka dengan berkat doa ini insya-Allah akan tercapai.
4. Demikian juga jika ada pendita yang
ingin menjadi wali Allah, dengan membaca doa
ini insya-Allah mendapatnya. Dan jika ada jin yang ingin menjadi manusia, dengan berkat doa ini insya-Allah
jadilah dia manusia.
5. Jika ada binatang yang cacat, dengan
dibacakan padanya, insya-Allah binatang itu akan
menjadi sempurna sifatnya.
6. Jika sesiapa membaca sekali ketika
matahari hampir terbenam, Allah akanmengampuni segala dosanya.
7. Jika anda ada musuh, bacakan doa ini,
insya-Allah musuh akan menjadi sayang pada
anda.
8. Jika tidak boleh membaca atau
menghafalnya, tuliskan doa ini dan simpan dalam rumah, insya-Allah terselamat daripada
sihir, ilmu hitam dan penyakit.
9. Apabila di letakkan pada tanaman,
insya-Allah tanaman itu selamat daripadasegala musuh.
10. Apabila diletakkan pada tempat yang
didiami syaitan, iblis, jin, hantu dan segala macam
makhluk halus yang jahat, insya-Allah mereka semua akan pergi dari situ.
11. Jika ingin melihat sesuatu yang indah,
bacakan 100 kali pada malam sabtu, insya- Allah
anda akan diperlihatkan keajaiban.
12. Jika anda berperahu di laut dan
membacakan doa ini, kemudian tiupkan ke laut, insya-Allah
air laut akan menjadi tawar.
13. Jika dibaca pada malam minggu,
insya-Allah anda akan awet muda.
14. Jika dibaca pada malam Isnin, Allah
akan memberikan keselamatan.
15. Jika dibaca pada malam Selasa, anda
akan menjadi kuat.
16. Jika dibaca pada malam Rabu, gigi
menjadi teguh.
17. Jika dibaca pada malam Khamis akan
memperelokkan wajah.
18. Jika dibaca pada binatang buas,
insya-Allah ia akan tunduk.
19. Jika dibaca pada malam hari, seluruh
malaikat akan turun dari langit memohonkan ampun untuk orang yang membacanya.
20. Jika dibaca pada hari raya, maka apa
yang dihajat akan segera berhasil.
21. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan para nabi, bacakan 100 kali doa ini, kemudian
tidur, insya-Allah akan bermimpi berjumpa dengan
para nabi dan sesiapa memandangnya akan berasa kasih sayang.”
22. Untuk menyembuhkan orang sakit, baca
doa ini pada minyak. Sapukan minyak itu
pada tempat yang sakit, insya-Allah akan sembuh.
23. Demikian juga, jika ada orang yang
diganggu hantu, syaitan, jin, kerasukan,pengsan atau gila, bacakan pada minyak
dan sapukan pada orang berkenaan.
24. Andainya anda ingin mendekati raja,
orang berkedudukan tinggi atau orang ramai, baca
doa ini setiap hari, insya-Allah semua akan kasihkan anda.
25. Jika ingin kuat berjalan, bacakan pada
sirih bertemu urat, kemudian usapkan daun itu
dari kepala sampai ke dua hujung kaki, insya-Allah anda akan kuat berjalan.
26. Jika anda dalam perjalanan dan ada
tanda akan hujan, bacakan doa ini, insya- Allah
tidak jadi hujan.
27. Jika terjadi permusuhan, bacakan
berulang kali, insya-Allah akan berhenti.
28. Jika akan berangkat ke medan perang, bacakan doa
ini, insya-Allah tidak di kejar musuh,
sebaliknya musuh akan bercerai-berai sesama sendiri.
29. Jika ada wanita yang sukar bersalin,
bacakan doa ini pada air dalam mangkuk putih,
minumkan air itu, insya-Allah bayinya akan cepat lahir.
30. Jika ada orang sakit mata, bacakan doa
ini dan hembuskan pada matanya, insya- Allah
lekas sembuh.
31. Apabila ada orang digigit ular, kena
bisa, racun atau penyakit lain, bacakan doa ini
pada tempat yang luka atau tempat yang sakit, insya-Allah lekas sembuh.
32. Jika anda ingin bertemu raja jin,
sucikan diri anda daripada najis dan hadas,bacakan doa ini 100 kali pada malam
Jumaat di tempat yang suci dan sunyi.
33. Rasulullah bersabda:”Jika kamu ingin
di muliakan orang lain, bacalah doa ini.”
34. Jika anda hendak melamar seseorang
wanita, berpuasalah sehari dan jangan tidur pada
malamnya. Bacakan doa ini terus-menerus di tempat sunyi. Insya-Allah lamaran anda diterima.
Friday, 15 June 2012
Sunday, 3 June 2012
GERHANA BULAN 4 Jun 2012
Gerhana
Separa Bulan
Tarikh : Isnin, 4 Jun 2012M / 14/15 Rejab 1433H
Permulaan Gerhana : 6:00pm
Pertengahan Gerhana : 7:03 pm
Mula Dapat Dilihat : 7:15 pm
Akhir Gerhana : 8:06 pm
Kali ini kita hanya berpeluang melihat selama
51 minit sahaja.
Fenomena transit planet Zuhrah pula amat menarik. Pada 6 Jun
2012, Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang
berlaku. Transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang
mengenai proses fenomena transit 6 Jun ini berlaku apabila
sentuhan planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi,
sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam
cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet
itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada
pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari
Solat Sunat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum
mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah ) . Lafaz Niatnya :
"Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana
Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat
gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4
al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1 Baca Al-Fatihah dan surah.
2. Rukuk.
3. I'tidal,
4. Baca Al-Fatihah dan surah.
5. Rukuk.
6. I'tidal.
7. Sujud macam biasa
8. Tahiyyat Akhir
*Sunat dibaca nyaring pada bacaan
fatihah dan surah semasa sembahyang gerhana bulan, tidak disunatkan baca secara
nyaring pada sembahyang gerhana matahari.
*setelah selesai sembahyang disunatkan
membaca khutbah seperti dua khutbah hari raya, tetapi tidak disunatkan takbi
pada dua khutbah itu.
*hendaklah khatib menyuruh taubat,
bersedekah, puasa dan lainnya
Khutbah Pertama
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا
المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ
وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah
Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam
mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan
yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul
serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat.
Muslimin / muslimat yang dirahmati
Allah,
Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin:
وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ
مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ
لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ
مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا
أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ
يَسْبَحُونَ
Maksudnya : Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam;
Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam
gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia
kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan
yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia
beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan
kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan
yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya
mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap
satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Kita baru sahaja menyaksikan kejadian gerhana matahari pada bulan lepas dan
pada malam ini pula kita dapat sama-sama saksikan bagaimana kejadian gerhana
bulan. Kejadian ini mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang
kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh
alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya.
Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti,
matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah
atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan
tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada
siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat
kepada Allah dengan tenang.
Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh
manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari
bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu
setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk
mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan
tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah
dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba
yang serba lemah
Muslimin / muslimat yang diberkati
Allah,
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:
سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ
وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk
kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah
hidup kamu.”
Kejadian gerhana bulan dan matahari
menunjukkan kepada kita bagaimana kedua kejadian ini walau pun hebat tetapi
berada arahan dan perintah Allah. Walau bagaimana pun hebat dan kuat sesuatu
kejadian Allah namun ia mempunyai kelemahan di mana kehebatan dan kekuatan yang
tidak akan kurang walaun sedikit hanya milik Allah. Betapa malangnya sekira ada
umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan sesuatu selain Allah sebagai
tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang tidak seberapa
sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang
menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama ini iaitu Allah. Begitu
juga lahirnya ramai manusia yang hanya merasa bagaimana hebatnya pergerakan
bulan, matahari dan segala cakerawala yang lain di atas landasan orbitnya tanpa
berlakunya perlanggaran antara satu sama lain tetapi golongan ini gagal
menjejaki tentang adanya Allah yang mengatur segala pergerakan tersebut. Inilah
antara kelemahan akal manusia yang terbatas had kemampuannya di mana tanpa
panduan agama maka manusia tidak mampu mengenali Allah Tuhan Pencipta walau pun
terlalu kagum dengan alam ciptaanNya.
Muslimin / muslimat yang dihormati
sekalian,
Kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan
timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan sebaliknya ia menunjukkan
antara kehebatan dan kekuasaan Allah. Kejadian gerhana juga bukanlan disebabkan
oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah s.a.w
terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana
matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim
lalu sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله
لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما
بكم (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda
kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau
hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka
berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya tanda gerhana
daripada kamu
Muslimin / muslimat yang diberkati
Allah,
Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan
perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang,
bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam:
[ إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله
لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته ، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله وكبروا، وصلوا ،
وتصدقوا …… ( البخاري
)
Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda
kebesaran Allah Ta’ala di mana kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian
atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana itu maka berdoalah
kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah sembahyang dan bersedekahlah……
Di samping itu, marilah kita
melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan
perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah
dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan
menimbulkan keinsafan, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan
kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ
هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran
malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat
Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan
mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil
berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka.”
Muslimin / mat yang dikasihi
sekalian,
Pernah suatu masa Rasulullah s.a.w terus melakukan solat sunat apabila
berlakunya gerhana dengan bacaan yang panjang dalam kedaan seolah-olah seperti
akan berlaku qiamat. Ini semua mengajar kita semua agar sentiasa ingat kepada
hari kematian kita serta hari qiamat yang begitu dahsyat dengan kehancuran
langit dan bumi termasuk bulan dan matahari. Peringatan ini sewajarnya kita
perbanyakkan terutama bila berlakunya gerhana sebagaimana malam ini.
فرمان الله دالم أية 6 – 12 سورة
القيامة :
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ
الْقِيَامَةِ فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ وَخَسَفَ الْقَمَرُ وَجُمِعَ الشَّمْسُ
وَالْقَمَرُ يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ كَلَّا لَا وَزَرَ
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ
Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat
itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi
terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari
serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang
ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah
bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada
Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ
وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ
وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ
المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلَقَ
الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالقَمَرَ نُوْرًا , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ
وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا
المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ
وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ
ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ
وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ
الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ
Maksudnya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang)
dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu
(berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu
dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan
semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah
menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang
mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). Sesungguhnya pada
pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh
Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang
dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ
يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ
وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ
سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ
إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا
نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ
نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ
الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ
مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ,
اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ
انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ
زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ
الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ
المُؤْمِنِيْنَ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ
لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي
الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ
يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ
الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ
فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ
وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ
Subscribe to:
Posts (Atom)

