Sunday 9 December 2012

SERBAN DAN KELEBIHANNYA

NI ANTARA DALIL2 NAQLI SERBAN...
1. Saiyidina Amr bin Umaiyah ad-Damri R.A meriwayatkan “Aku lihat Nabi S.A.W. membuat “masah”(sapuan ke atas sarung kakinya dan serban). 
(Al-Bukhari jilid 1 m.s 33)
2.Saiyidina Mughirah Ibn Syu'bah R.A meriwayatkan Nabi S.A.W melakukan wuduk dan melakukan masah di bahagian hadapan kepala dan juga ke atas serban dan sarung kakinya (khuuf).
(Muslim Jilid 1, m.s. 23) 
3.Huraith R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. berkhutbah kepada orang ramai. Ketika itu Baginda memakai serban hitam.
(Muslim Jilid 1, m.s. 439. Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s. 233) 
4.Di dalam riwayat yang lain, diriwayatkan : “Aku melihat Nabi S.A.W memakai serban hitam.” 
(Syamail Tirmizi m.s 8, Ibn Majah m.s. 256)
5. Saiyidina Jabir R.A meriwayatkan bahawa pada masa Futuh Makkah (Pembukaan Mekah), Nabi S.A.W memasuki Mekah memakai serban hitam. 
(Muslim Jilid 1, m.s. 439, Tirmizi Jilid 1, m.s. 304, Ibn Majah m.s. 256)
6. Juga diriwayatkan daripada Saiyidina Ibn Umar R.A bahawa pada masa Futuh Makkah, Nabi S.A.W memasuki nya dengan memakai serban hitam. 
(Ibn Majah m.s. 256, Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s 237)
7. Saiyidina Ibn Abbas R.A meriwayatkan bahawa semasa sakit, sebelum kewafatannya, Nabi S.A.W bersabda kepada para sahabat R.A sedang Baginda memakai serban hitam.
8. Saiyidina Abu Said Al-Khudri R.A meriwayatkan : “Menjadi amalan Nabi S.A.W. bahawa bilamana sahaja Baginda memakai pakaian baru, pertamanya Baginda akan memberi nama kepadanya yakni serban, gamis (kurta) atau jubah (cadar atau kain tutupan badan). Kemudian Baginda akan berdoa: “Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu di atas pakaian ini yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Aku memohon kepadaMu kebaikkan dan kebaikkan yang mana ia dibuatkan. Aku berlindung kepadaMu daripada yang haram daripadanya dan kejahatan yang diciptakan daripadanya.
(Tirmizi Jilid 1, m.s 306, Mustadrak Jilid 4, m.s. 192)
9. Saiyidina Anas R.A meriwayatkan, “Aku melihat Rasullah S.A.W berwuduk. Baginda memakai serban “Qitri”. Apabila melakukan masah ke kepala, tanpa merungkai serban, Baginda memasukkan tangannya di bawah serban lalu membuat masah (sapuan) dibahagian depan kepala.
(Abu Daud m.s 19) .
“Qitri” ialah jenis kain kasar lagi tebal yang mempunyai unsur-unsur kemerah- merahan di dalamnya. Mungkin ini dikaitkan dengan tempat “Qatar”. Daripada riwayat ini membolehkan memakai serban merah juga dapat disahkan.
(Bazlul Majhud Jilid 1, m.s 89)
10. Saiyidina Abdur Rahman Sulami berkata : “Aku melihat Saiyidina Abdul Rahman Auf R.A bertanya kepada Saiyidina Bilal R.A mengenai wuduk Rasullah S.A.W. Saiyidina Bilal R.A menerangkan : “Bilamana Rasulullah S.A.W ingin untuk berwuduk, aku membawa air untuknya. Semasa berwuduk Baginda akan menyapu tangannya ke atas serban dan juga tepi matanya”. 
(Abu Daud Jilid 1, m.s. 21)
11. Saiyidina Huraith R.A meriwayatkan bahawa beliau telah melihat Rasulullah S.A.W berdiri di atas mimbar sedang pada ketika itu Baginda memakai serban hitam. Kedua-dua ekor serban berjuntaian di antara bidang (belikat) bahunya (yakni di belakang). 
(Muslim Jilid 1, m.s 490, Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s 239, Ibn Majah m.s. 256, Abu Daud m.s. 653)
12. Saiyidina Ataa Ibn Abi Rabah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika sedang aku bersama Saiyidina Abdullah bin Umar R.A, seorang pemuda datang kepadanya dan bertanya mengenai ekor serban, bagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ibn Umar R.A memberitahu pemuda tersebut bahawa beliau amat mengetahui jawapannya dan akan menerangkannya dengan senang hati kepadanya.
Kemudian beliau berkata : “Satu ketika, aku berada di dalam Masjid Nabi S.A.W. Bersama –sama dengan Nabi S.A.W adalah bersama sahabat-sahabat Baginda Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Ibn Masud, Huzaifah Abdur Rahman bin Auf, Abu Said Al-Khudri R.A. Semuanya ada 10 orang sahabat. Seorang pemuda Ansar masuk ke masjid, memberi salam kepada Rasulullah S.A.W dan terus duduk. Nabi S.A.W memberi tumpuan kepadanya (dan menasihatinya). Kemudian Nabi S.A.W memberitahu Saiyidina Abdur Rahman Ar R.A bahawa satu jenazah Mujahidin akan dihantar pada waktu pagi dan beliau hendaklah bersedia menyertai mereka. Pada waktu pagi Saiyidina Abdur Rahman Auf memakai serban kain kapas berwarna hitam, mempersediakn dirinya untuk angkatan tersebut. Nabi S.A.W mendekatinya dan menanggalkan serbannya dan melilit serban putih ke kepalanya. Serban ini telah diikat dengan cara dimana ekornya kira-kira empat jari panjangnya dibenarkan berjuntai di belakang. Tatkala melakukannya Nabi S.A.W bersadba : “Ibn Auf, ikat serban seperti ini kerana ia lebih sesuai dan jelas”, inilah cara orang-orang Arab dan merupakan cara pemakaian yang betul. Nabi S.A.W kemudiannya menyuruh Bilal R.A memberikan bendera kepada Saiyidina Abdur Rahman Auf R.A, ini menggambarkan tanggungjawab untuk mengepalai angkatan tersebut.
(Mustadrak Hakim, Jilid 4, m.s 540)
13. Aisyah R.A meriwayatkan bahawa pada masa Peperangan Khandak, beliau menyaksikan seorang yang menyerupai Saiyidina Dahya Kalbi RAnhu. Orang ini duduk di atas binatang dan berbual perlahan dengan Nabi S.A.W. Beliau berserban yang salah satu ekornya terjuntai di belakang. Selanjutnya beliau meriwayatkan bahwa beliau bertanya Rasulullah S.A.W mengenai orang itu, lalu diberitahu bahawa ia ialah Saiyidina Jibrail A.S dan beliau memberitahu Nabi S.A.W supaya meneruskan kea rah Banu Quraizah (kaun Yahudi yang musuh Islam dan penghuni Madinah pada ketika itu). Jelas bahawa Jibrail A.S telah datang untuk memberitahu perintah Allah.
14. Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika seorang menunggang kuda Turki datang menemui Nabi S.A.W. Penunggang itu memaki serban. Ekornya berjuntai di antara bahunya (belikat). Aisyah bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenainya. Nabi S.A.W menyatakan rasa terkejut kerana Aisyah telah melihat si penunggang itu lalu memberitahunya bahawa orang itu ialah Jibrail A.S (Ibid)
15. Saiyidina Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa apabila Nabi S.A.W akan melilit serbannya, Baginda akan membiarkan ekor serban itu berjuntai di antara bahunya. Nafi’ (murid kepada Ibn Umar R.A) meriwayatkan bahawa Ibn Umar R.A juga melakukan demikian.
Pengarang syarah Tirmizi menyatakan, “Hadis ini hasan” (baik). Hadis daripada Amr bin Huraith di dalam Muslim dan juga lain hadis memperkuatkan kedudukan hadis ini. 
(Tuhfatul Ahwazi jilid 3, ms. 50)
16.Ubaidullah (salah seorang periwayat hadis ini) berkata bahawa beliau melihat Qasim dan Salim juga melakukan begitu. 
(Tirmizi Jilid 1, m.s 304)
17. Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan Nabi S.A.W melilit serban Saiyidina Abdur Rahman bin Auf R.A dan membiarkan ekor serbannya lebih sebanyak empat jari. Baginda bersabda : “Apabila aku Israk dan Mikraj, aku lihat kebanykkan para Malaikat berserban”.
18. Saiyidina Musa Asha'ari R.A meriwayatkan bahawa Jibrail A.S memakai serban datang menemui Rasulullah S.A.W. Ekor serbannya berjuntai di belakang.
19. Saiyidina Thauban R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W akan melilit serbannya edngan cara di mana satu ekor serbannya bejuntai di belakang dan satu lagi di depan.
20. Abu Umamah R.A meriwayatkan bahawa bilamana Nabi S.A.W akan mengutus seorang sebagai gabenor bagi sesuatu tempat, Baginda akan melilitkan serban ke atas kepala orang yang dihantar. Serban akan diikat dengan cara di mana ekor serban itu berjuntai di sebelah kanan, hampir ke telinga.
21. Abu Abdul Salam meriwayatkan bahawa beliau bertanya Ibn Umar R.A tentang cara bagaimana Nabi S.A.W melilit serbannya. Beliau menjawab, “Rasulullah S.A.W akan melilit lipatan serban di kepala, Beliau akan membiarkan ekornya di belakang berjuntai di antara bahunya.
22. Saiyidina Abdul Rahman bin Auf R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban untuknya dengan cara ekor serban berada di depan dan belakang. (Abu Daud m.s. 564 (Salah seorang daripada periwayat ini majhul-tidak dikenali)).
23. Saiyidina Ubadah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Jadikanlah amalan melilit serban kerana ia sebagai syiar para Malaikat. Selanjutnya lilitan serban-serban itu dengan cara ekornya berjuntai di belakang. 
(Baihaiqi meriwayatkan di dalam Syubul Iman, Misykat m.s. 377)
24. Hadis di atas juga telah diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A (Tabrani telah meriwayatkan hadis ini. Walau bagaimanapun, menurut Darut-Qutni, salah seorang periwayatnya majhul (tidak dikenali). 
(Majmauz –Zawaid Jilid 5, m.s 123)
25. Hadis ini (hadis 22) juga telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ibn Abbas R.A. walau bagaimanapun sanadnya lemah .
Maqasid Hasanah m.s 466)
26. Suatu ketika seorang datang menemui Ibn Umar R.A dan menyebutkan namanya, Abu Abdur Rahman, bertanya kepadanya apakah amalan melilit serban itu sunnah. Ibn Umar R.A menjawab “ya” dan untuk memperjelaskannya bahawa Nabi S.A.W menyuruh mereka pergi dan meletakkan kain mereka di atas kepala dan memakai baju besi. Mereka akur dengan Nabi S.A.W dan menghadirkan diri mereka di hadapan Nabi S.A.W. Beliau mengambil kain lalu melilit serban itu di kepala mereka dengan cara ekor serban itu berjuntai di kedua-dua bahagian (belakang dan depan). 
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307, daripada Kitabul Jihad oleh Ibn Abi Aasim)
27. Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban hitam daripada kain kapas untuk Abdul Rahman bin Auf R.A dan menjuntaikan “sebanyak ini” di sebelah depan.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s. 307 daripada Ibn Abi Syaibah)
28. Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban daripada kain kapas di kepala Abu Aur R.A dengan cara ekornya kira-kira panjang empat jari di sebelah belakang. Nabi S.A.W juga bersabda: “Lilitlah serbanmu begini”. 
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307)

Friday 7 December 2012

Hukum Memotong Janggut

Jawab: Hukum Memotong Jenggot

Para ‘ulama berbeda pendapat mengenai hukum memotong sebagian jenggot. Sebagian besar ‘ulama memakruhkan, sebagian lagi membolehkannya (lihat Ibn ‘Abd al-Barr, al-Tamhîd, juz 24, hal. 145). Salah seorang ‘ulama yang m
embolehkan memotong sebagian jenggot adalah Imam Malik, sedangkan yang memakruhkan adalah Qadliy ‘Iyadl.

Untuk menarik hukum mencukur jenggot dan memelihara jenggot harus diketengahkan terlebih dahulu hadits-hadits yang berbicara tentang pemeliharaan jenggot dan pemangkasan jenggot. Berikut ini adalah riwayat-riwayat yang berbicara tentang masalah pemeliharaan jenggot.

Imam Bukhari mengetengahkan sebuah riwayat dari Ibnu ‘Umar, bahwasanya Rasulullah Saw bersabda:

“Berbedalah kalian dengan orang-orang musyrik, panjangkanlah jenggot dan pendekkanlah kumis. Adalah Ibnu ‘Umar, jika ia menunaikan haji atau umrah, maka ia menggenggam jenggotnya, dan memotong kelebihannya.”

Imam Muslim juga meriwayat hadits yang isinya senada dengan riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Umar, namun dengan menggunakan redaksi yang lain:

“Berbedalah kalian dengan orang-orang musyrik, pendekkanlah kumis, dan panjangkanlah jenggot.”

Riwayat-riwayat sama juga diketengahkan oleh Abu Dawud, dan lain sebagainya. Imam An-Nawawi, dalam Syarah Shahih Muslim menyatakan, bahwa dhahir hadits di atas adalah perintah untuk memanjangkan jenggot, atau membiarkan jenggot tumbuh panjang seperti apa adanya. Qadliy Iyadl menyatakan:

“Hukum mencukur, memotong, dan membakar jenggot adalah makruh. Sedangkan memangkas kelebihan, dan merapikannya adalah perbuatan yang baik. Dan membiarkannya panjang selama satu bulan adalah makruh, seperti makruhnya memotong dan mengguntingnya.[/i]” (Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, juz 3, hal. 151).

Menurut Imam An-Nawawi, para ‘ulama berbeda pendapat, apakah satu bulan itu merupakan batasan atau tidak untuk memangkas jenggot (lihat juga penuturan Imam Ath-Thabari dalam masalah ini; al-Hafidz Ibnu Hajar, Fath al-Bârî, juz 10, hal. 350-351).

Sebagian ‘ulama tidak memberikan batasan apapun. Namun mereka tidak membiarkannya terus memanjang selama satu bulan, dan segera memotongnya bila telah mencapai satu bulan.

Imam Malik memakruhkan jenggot yang dibiarkan panjang sekali. Sebagian ‘ulama yang lain berpendapat bahwa panjang jenggot yang boleh dipelihara adalah segenggaman tangan. Bila ada kelebihannya (lebih dari segenggaman tangan) mesti dipotong. Sebagian lagi memakruhkan memangkas jenggot, kecuali saat haji dan umrah saja (lihat Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, hadits no. 383; dan lihat juga Al-Hafidz Ibnu Hajar, Fath al-Bârî, hadits. No. 5442).

Menurut Imam Ath-Thabari, para ‘ulama juga berbeda pendapat dalam menentukan panjang jenggot yang harus dipotong. Sebagian ‘ulama tidak menetapkan panjang tertentu, akan tetapi dipotong sepantasnya dan secukupnya. Imam Hasan Al-Bashri biasa memangkas dan mencukur jenggot, hingga panjangnya pantas dan tidak merendahkan dirinya.

Dari ‘Atha dan ‘ulama-‘ulama lain, dituturkan bahwasanya larangan mencukur dan menipiskan jenggot dikaitkan dengan tasyabbuh, atau menyerupai perbuatan orang-orang kafir yang saat itu biasa memangkas jenggot dan membiarkan kumis. Pendapat ini dipilih oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar. Sedangkan Imam An-Nawawi menyatakan, bahwa yang lebih tepat adalah membiarkan jenggot tersebut tumbuh apa adanya, tidak dipangkas maupun dikurangi (Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, juz 3, hal. 151).

Pendapat Imam An-Nawawi ini disanggah oleh Imam Al-Bajiy. Beliau menyatakan, bahwa yang dimaksud dengan memanjangkan jenggot adalah bukan membiarkan jenggot panjang seluruhnya, akan tetapi sebagian jenggot saja. Sebab, jika jenggot telah tumbuh lebat lebih utama untuk dipangkas sebagiannya, dan disunnahkan panjangnya serasi. Imam At-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadits dari ‘Amru bin Syu’aib, dari bapaknya dari kakeknya, bahwasanya Rasulullah Saw memangkas sebagian dari jenggotnya, hingga panjangnya sama. Diriwayatkan juga, bahwa Abu Hurairah dan Ibnu ‘Umar memangkas jenggot jika panjangnya telah melebihi genggaman tangan. Ini menunjukkan, bahwasanya jenggot tidak dibiarkan memanjang begitu saja –sebagaimana pendapat Imam An-Nawawi–, akan tetapi boleh saja dipangkas, asalkan tidak sampai habis, atau dipangkas bertingkat-tingkat (Imam Zarqâniy, Syarah Zarqâniy, juz 4, hal. 426).

Al-Thaiyyibiy melarang mencukur jenggot seperti orang-orang A’jam (non muslim) dan menyambung jenggot seperti ekor keledai. Al-Hafidz Ibnu Hajar melarang mencukur jenggot hingga habis (Ibid, juz 4, hal. 426).

Kami berpendapat bahwa memangkas sebagian jenggot hukumnya adalah mubah. Sedangkan mencukurnya hingga habis hukumnya adalah makruh tidak sampai ke derajat haram. Adapun hukum memeliharanya adalah sunnah (mandub). 

Tuesday 9 October 2012


Perjanjian damai MILF sinar baru buat muslim

KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai perjanjian damai awal adalah keputusan yang baik dan bakal memberi sinar baru buat masyarakat Muslim di negara itu.
“Perjanjian ini bakal menamatkan konflik bersenjata yang berterusan melebihi 40 tahun,” kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Syis Abdul Kadir. 
Natijahnya, kata beliau bakal menyaksikan pembentukan satu wilayah autonomi bagi menamatkan pergolakan di selatan Filipina. 
Pergolakan dan konflik bersenjata yang bermula seawal 1960-an dengan tertubuhnya Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) seterusnya sekumpulan dari mereka keluar dan menubuhkan MILF pada 1977. 
Menurutnya, sehingga kini mereka konsisten dengan tuntutan pembebasan dan autonomi kepada masyarakat Muslim Mindanao. 
Perjuangan pembebasan yang telah memakan korban lebih 120 000 adalah bukti bahawa MILF benar-benar menuntut sebuah keadilan dan hak mereka. 
“Perjanjian damai yang bakal dimaterai dengan Kerajaan Filipina adalah suatu kejayaan bagi sebuah perjuangan dan seharusnya didahului dengan ucapan ribuan tahniah,” ujarnya. 
Hal ini, tambah beliau kerana resolusi yang disepakati memberi keuntungan besar buat masyarkat Mindanao terutamanya yang beragama Islam. 
Mereka, ujarnya bakal menduduki wilayah baru dan diberikan autonomi serta pemerkasaan perundangan syariah.
 “Berita ini merupakan sinar baru buat umat Islam dan membuktikan bahawa Islam itu agama yang cintakan kedamaian dan keamanan. 
“Dapat dilihat bagaimana jalan ke arah pembukaan dan pengembangan Islam di zaman Rasulullah dan khilafah,” katanya. 
Jelasnya, pertempuran mata pedang merupakan pilihan yang terakhir setelah seruan dakwah ditolak, sekaligus menolak dakwaan bahawa Rasulullah dan umat Islam adalah ekstrimis. 
Harapannya, ujar Syis wilayah baru yang bakal dibentuk nanti ditadbir dengan nilai keadilan, demokratis serta mengutamakan kebajikan rakyat. 
“Semestinya mereka tidak mahu dibaham harimau selepas terlepas dari mulut buaya. Peluang ini perlu digunakan untuk membangun kembali sosio-ekonomi serta infrasuktur wilayah yang sekian lama bergolak. 
“Hasil dan kekayaan negara perlu dikembalikan kepada rakyat,” ujarnya lagi

Thursday 16 August 2012

Hikmah Sunnah Nabi saw menutup lampu ketika nak tidur


Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)
Seorang biologi, Joan Roberts mencari rahsia setelah melakukan percubaan pada haiwan. Ketika haiwan tersebut diberi cahaya buatan pada malam hari, melantonin nya (salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat) menurun dan sistem kekebalan tubuhnya lemah.
Rupanya, cahaya Lampu - seperti juga TV - menyebabkan hormon menjadi sangat lelah. Keadaan malam yang gelap diam-diam bekerjasama dengan tubuh. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan melantonin. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari - sekecil apapun sinarnya menyebabkan Pengeluaran hormon melantonin terhenti.
Mencegah Kanser Payudara
Tidur malam dalam bilik yang gelap benar-benar bermanfaat buat tubuh. Ahli biologi Joan Robert mengatakan tubuh baru boleh menghasilkan hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat.
Malangnya, hormon melatonin ini tidak akan muncul jika orang tidur malam hari dengan lampu menyala. Adanya cahaya atau sinar membuat pengeluaran hormon melatonin akan berhenti.
membuka lampu sekejap waktu malam
Pentingnya tidur malam hari dengan mematikan lampu baru-baru ini juga diteliti oleh para saintis dari Inggeris dan Israel. Penyelidik mendapati ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, boleh menyebabkan ekspresi berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.
Para saintis mendakwa jika seseorang terbangun di malam hari dan menyalakan lampu selama beberapa saat, maka boleh menyebabkan perubahan biologi yang mungkin mengarah ke kanser.



Thursday 9 August 2012

hukum pegang quran dalam solat


Adalah harus memegang dan membaca al-Quran dari mushaf ketika solat terawih. Imam Malik telah meriwayatkan bahawa Zakwan maula Aisyah telah mengimamkan Aisyah dalam bulan Ramadhan dengan membaca al-Quran dari mushaf. Ini juga merupakan pandangan mazhab Shafi'e. Imam Nawawi telah berkata: Jika dia menyelak muka suratnya secara berkala dalam solatnya, maka solatnya tidak batal.
Sekian والله أعلم بالصواب
Rujukan
1) فقه السنة للسيد سابق
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS http://muis.ismaweb.net/2010/08/membaca-al-quran-dari-mushaf-ketika-solat/

http://qasolatjemaah.blogspot.com/2009/08/pegang-mushaf-quran-ketika-solat.html

Wednesday 8 August 2012

CARA TANAM URI ATAU TEMBUNI ATAU PLASENTA


السلام عليكم

Selepas selamat bersalindanbayi itu diazankan bapanya, tibalah pula masa untuk menguruskan uri yang keluar bersama bayi itu daripada rahim ibunya. Berbagai kepercayaan masyarakat dalam cara  menanam uri masih mengikut adat dan pantang larang orang dulu-dulu untuk menjamin kesejahteraan bayi tersebut agar terpeliharadandilimpahi kebaikan.

Cara menurut kepercayaan pertama.

Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian ambil tempurung kelapa yang dicuci luardandalam dijadikan bekas mengisi uri itu. Tempurung yang telah berisi uri itu perlu dibungkus dengan kain putihdandiletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.
Sebelum lubang dikambus, letakkan paku, jarumdanasam keping yang diikat bersamadanditanam sekali. Barangan itu merupakan simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Kemudian diteruskan pula tradisi dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam, dipercayai mampu mengelakkan bayi mengalami kembung perutdanmenangis sepanjang malam.

Cara menurut kepercayaan kedua

Uri yang ditanam dikatakan mempunyai ‘hubungan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir. Uri dibersihkandandirendam dengan air garam semalaman, ia mesti ditanam di kawasan yang orang sentiasa lalu lalang supaya anak yang bakal membesar dipermudahkan urusandanmendapat rezeki yang mencurah-curah.
Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakaidansebatang paku. Amalan itu dipercayai akan mengurangkan masalah bayi menangis malam.
Ada juga yang meletakkan pensel, buku la katanya biar anak itu cerdik nanti.

Dan banyak lagi cara yang lain tetapi :-

menurut penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah menolak perkaitan antara penanaman uri dengan masa depan atau nasib seseorang. Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin. Seelok-eloknya uri itu diuruskan dengan penghormatan yang tinggi. Uri memang perlu dibersihkan dengan air asamdangaram bagi menghilangkan baudankekotoran yang terlekat padanya agar uri tidak diselongkar oleh haiwan buas.
Uri adalah sebahagian daripada jasad manusiadansepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah, merujuk kepada kitab Tanbihul Ghafilin. Bacaan ayat-ayat suci al-Quran  juga perlu mengiringi upacara penanaman uri boleh dilakukan untuk memperoleh keberkatan.
Pakar PerbidanandanSakit Puan, Pusat Perubatan Kedah, Dr. Kamaruzaman Ali pula menjelaskan tiada upacara khas dilakukan pihaknya untuk menguruskan uri wanita selepas bersalin. Biasanya, uri akan dibersihkan menggunakan air bersih bagi menyucikan darah yang masih terlekat sebelum diserahkan kepada keluarga pesakit untuk urusan lanjut.
Bagi yang menyucikan uri perlu memakai sarung tangan bagi mengelakkan kebarangkalian virus atau kuman yang mungkin melekat pada uri menjangkiti individu terbabit.Namun, bagi uri milik keluarga bukan Islam atau uri yang tidak dituntut, selepas dibersihkan ia akan dinyahkumandandibakar.
Uri juga seelok-eloknya digalidanditanam dalam lubang yang melebihi sekaki,  di kawasan yang sesuaidanjauh daripada lokasi haiwan berkeliaran bagi mengelakkan uri itu digali.


Read more:http://www.anakulucheka.com/cara-cara-menanam-uri/#ixzz22yNsqFKUhttp://www.youtube.com/watch?v=1yfTwe-V-3Q

Friday 27 July 2012

Tanda-Tanda Mengenai Malam Lailatulqadar



Alim ulama' rahimahullah menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam "Lailatulqadar".
Ada yang berkata: Orang yang menemui malam "Lailatulqadar", ia melihat nur yang terang benderang di segala tempat, hatta segala ceruk yang gelap-gelita.
Ada pula yang berkata: Ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari malaikat.
Ada juga yang berkata: Ia melihat segala benda (termasuk pohon-pohon kayu) rebah sujud. 
Ada pula yang berkata: Doa permohonannya makbul.
Imam Al-Tabari rahimahullah memilih "qaul" yang menegaskan: Bahawa semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya ia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan "melihat sesuatu atau mendengarnya" untuk menemui malam Lailatulqadar. (5)
Yakni yang penting ialah taat mengerjakan amal bakti kerana Allah semata-mata, kerana balasannya tetap terjamin dan akan dapat dinikmati di dunia dan akhirat.

Tuesday 10 July 2012

cara-cara berwuduk


Wuduk adalah penting dan ada kaitannya dengan ibadah yang lain.
Wajib berwuduk ketika hendak mendirikan solat, menyentuh Al-Quran, tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur.

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman ! Apabila kamu hendak mengerjakan solat basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sehingga buku lali."

Cara-cara Berwuduk


1. Membersihkan kedua belah tangan



2. Berkumur



3. Membersihkan hidung



4. Membasuh muka ( 3 kali ) dan niatkan dalam hati
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala".



5. Membasuh tangan kanan dan tangan kiri hingga ke siku ( 3 kali )



6. Menyapu sebahagian kepala ( 3 kali )



7. Membasuh telinga kanan dan telinga kiri ( 3 kali )



8. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali ( 3 kali )

Monday 9 July 2012

1 Bijak 9 Julai 2012






''كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه''


Sabda Nabi saw: "Setiap anak dilahir atas fitrah. Maka ibubapanya yang menjadikan ia yahudi atau nasrani atau majusi"

Mudah2an kamu semua menjadi insan yang bertakwa kepada Allah swt dan menjadi muslim dan muslimah yang sejati.

Sunday 8 July 2012



Tidak boleh doa tambah duit?

Jawapannya adalah boleh dan dibenarkan di sisi syarak dan ianya adalah sunnah Nabi kita saw dan selalu diamalkan oleh beliau. Oleh itu, kita digalakkan membaca doa ini dan membawanya bersama kita.

Di antara doanya yang masyhur ialah Doa Nurun Nubuwwah yang terdapat di dalam kitab-kitab silam dan kontemporari.

دعاء نور النبوة
بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ ذِي السُّلْطاَنِ الْعَظِيمِ, وَذِي الْمَنِّ الْقَدِيمِ, وَذِي الْوَجْهِ الْكَرِيمِ, وَوَلِيِّ الْكَلِماَتِ التَّامَّاتِ, وَالدَّعَوَاتِ الْمُسْتَجَابَةِ, عَاقِلِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ, مِنْ أَنْفُسِ الْحَقِّ عَيْنِ الْقُدْرَةِ وَالنَّاظِرِينَ, وَعَيْنِ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ وَالشّياَطِينِ, وَإِن يَّكاَدُ الَّذِينَ كَفَرُوا, لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ, وَمَا هُوَ إِلاَّ ذِكْرُ لِّلْعَالَمِينَ, وَمُسْتَجَابُ لُقْمَانَ الْحَكِيمِ, وَوَرِثَ سُلَيْماَنُ yŠ¼ãr#yŠ عَلَيْهِمَا السَّلاَمُ, اَلْوَدُودُ ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدِ, طَوِّلْ عُمْرِي, وَصَحِّحْ أَجْسَادِي وَاقْضِ حَاجَتِيْ, وَأَكْثِرْ أَمْوَالِي وَأَوْلاَدِي وَحَبِّبْ لِلنَّاسِ أَجْمَعِينَ, وَتَبَاعَدِ الْعَدَاوَةَ كِلِّهَا مِنْ بَنِيْ ءاَدَمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ, مَنْ كَانَ حَياًّ وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكاَفِرِينَ, وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْباَطِلُ, إِنَّ الْباَطِلَ كَانَ زَهُوقاً, وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْءاَنِ مَا هُوَ شِفاَءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ, وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلاَّ خَساَراً, سُبْحاَنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ, وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعاَلَمِينَ.
Ertinya:
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Alwadud (Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih) (tujuh kali Alwadud)………………(sebutkan hajat di hati kepada Allah) yang memiliki singgasana yang Maha Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku (pengikutku), cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup (dihatinya) dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”



KELEBIHAN DOA NURUN NUBUWWAH

1)    Diriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda setelah solat Subuh ketika bersama-sama dengan para Sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril (a.s.) membawa Doa Nurun Nubuwwah seraya berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah diutus oleh Allah Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu”.  Selanjutnya Rasulullah (s.a.w.) bersabda: ((Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila dibaca dan diamalkan.  Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan sentiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu daripada sihir, tenung atau penyakit.
2)    Barangsiapa yang dan mengamalkan doa Nurun Nubuwwah secara istiqamah setiap hari pada setiap selesai solah sekurangnya satu kali, maka apapun hajatnya akan segera terlaksana.
3)    Apabila diletakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang didiami syaitan, jin, iblis atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan pergi tanpa kembali lagi.
4)    Bila doa Nurun Nubuwwah dibaca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar daripada godaan syaitan.
5)    Rasulullah (s.a.w.) bersabda ((Jika kamu ingin dimuliakan orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah))
6)    Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu.  Insya Allah akan lekas sembuh.
7)    Bilamana ada orang bertengkar dan anda membaca doa ini Insya Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling bermaafan.
8)    Apabila anda dalam perjalanan dan hujan hendak turun dan anda hendak elakkan hujan, bacalah doa ini Insya Allah hujan tidak jadi hujan.

Selain itu, ada riwayat lain menyatakan kelebihannya:

1. Doa ini boleh di pergunakan untuk memohon kekayaan. Kepada orang yangberhajatkan kekayaan, doa ini hendaklah di baca 100 kali pada malam Jumaat.Tanamkan kunyit dalam tanah di suatu tempat sunyi. Banyaknya kunyit terpulang pada orang yang memohon kekayaan itu. Jika di kabulkan Allah, orang yang mengamalkan doa ini akan mendapat alamat apabila kunyit yang di tanam sudah bertukar menjadi emas.
2. Jika di baca pada setiap lepas sembahyang lima waktu, apa yang kita hajati insya- Allah akan berhasil.
3. Jika ada raja yang ingin menjadi pendeta, maka dengan berkat doa ini insya-Allah akan tercapai.
4. Demikian juga jika ada pendita yang ingin menjadi wali Allah, dengan membaca doa ini insya-Allah mendapatnya. Dan jika ada jin yang ingin menjadi manusia, dengan berkat doa ini insya-Allah jadilah dia manusia.
5. Jika ada binatang yang cacat, dengan dibacakan padanya, insya-Allah binatang itu akan menjadi sempurna sifatnya.
6. Jika sesiapa membaca sekali ketika matahari hampir terbenam, Allah akanmengampuni segala dosanya.
7. Jika anda ada musuh, bacakan doa ini, insya-Allah musuh akan menjadi sayang pada anda.


8. Jika tidak boleh membaca atau menghafalnya, tuliskan doa ini dan simpan dalam rumah, insya-Allah terselamat daripada sihir, ilmu hitam dan penyakit.

9. Apabila di letakkan pada tanaman, insya-Allah tanaman itu selamat daripadasegala musuh.
10. Apabila diletakkan pada tempat yang didiami syaitan, iblis, jin, hantu dan segala macam makhluk halus yang jahat, insya-Allah mereka semua akan pergi dari situ.
11. Jika ingin melihat sesuatu yang indah, bacakan 100 kali pada malam sabtu, insya- Allah anda akan diperlihatkan keajaiban.
12. Jika anda berperahu di laut dan membacakan doa ini, kemudian tiupkan ke laut, insya-Allah air laut akan menjadi tawar.
13. Jika dibaca pada malam minggu, insya-Allah anda akan awet muda.
14. Jika dibaca pada malam Isnin, Allah akan memberikan keselamatan.
15. Jika dibaca pada malam Selasa, anda akan menjadi kuat.
16. Jika dibaca pada malam Rabu, gigi menjadi teguh.
17. Jika dibaca pada malam Khamis akan memperelokkan wajah.
18. Jika dibaca pada binatang buas, insya-Allah ia akan tunduk.
19. Jika dibaca pada malam hari, seluruh malaikat akan turun dari langit memohonkan ampun untuk orang yang membacanya.
20. Jika dibaca pada hari raya, maka apa yang dihajat akan segera berhasil.
21. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan para nabi, bacakan 100 kali doa ini, kemudian tidur, insya-Allah akan bermimpi berjumpa dengan para nabi dan sesiapa memandangnya akan berasa kasih sayang.”
22. Untuk menyembuhkan orang sakit, baca doa ini pada minyak. Sapukan minyak itu pada tempat yang sakit, insya-Allah akan sembuh.
23. Demikian juga, jika ada orang yang diganggu hantu, syaitan, jin, kerasukan,pengsan atau gila, bacakan pada minyak dan sapukan pada orang berkenaan.
24. Andainya anda ingin mendekati raja, orang berkedudukan tinggi atau orang ramai, baca doa ini setiap hari, insya-Allah semua akan kasihkan anda.
25. Jika ingin kuat berjalan, bacakan pada sirih bertemu urat, kemudian usapkan daun itu dari kepala sampai ke dua hujung kaki, insya-Allah anda akan kuat berjalan.
26. Jika anda dalam perjalanan dan ada tanda akan hujan, bacakan doa ini, insya- Allah tidak jadi hujan.
27. Jika terjadi permusuhan, bacakan berulang kali, insya-Allah akan berhenti.
28. Jika akan berangkat ke medan perang, bacakan doa ini, insya-Allah tidak di kejar musuh, sebaliknya musuh akan bercerai-berai sesama sendiri.
29. Jika ada wanita yang sukar bersalin, bacakan doa ini pada air dalam mangkuk putih, minumkan air itu, insya-Allah bayinya akan cepat lahir.
30. Jika ada orang sakit mata, bacakan doa ini dan hembuskan pada matanya, insya- Allah lekas sembuh.
31. Apabila ada orang digigit ular, kena bisa, racun atau penyakit lain, bacakan doa ini pada tempat yang luka atau tempat yang sakit, insya-Allah lekas sembuh.
32. Jika anda ingin bertemu raja jin, sucikan diri anda daripada najis dan hadas,bacakan doa ini 100 kali pada malam Jumaat di tempat yang suci dan sunyi.
33. Rasulullah bersabda:”Jika kamu ingin di muliakan orang lain, bacalah doa ini.”
34. Jika anda hendak melamar seseorang wanita, berpuasalah sehari dan jangan tidur pada malamnya. Bacakan doa ini terus-menerus di tempat sunyi. Insya-Allah lamaran anda diterima.


Sunday 3 June 2012

GERHANA BULAN 4 Jun 2012


Gerhana Separa Bulan 
Tarikh : Isnin, 4 Jun 2012M / 14/15 Rejab 1433H
Permulaan Gerhana : 6:00pm
Pertengahan Gerhana : 7:03 pm
Mula Dapat Dilihat : 7:15 pm
Akhir Gerhana : 8:06 pm
Kali ini kita hanya berpeluang melihat selama 51 minit sahaja.



Fenomena transit planet Zuhrah pula amat menarik. Pada 6 Jun 2012, Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku. Transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang




mengenai proses fenomena transit 6 Jun ini berlaku apabila sentuhan planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari






Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah ) . Lafaz Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)


Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.


Rakaat kedua
1 Baca Al-Fatihah dan surah.
2. Rukuk.
3. I'tidal,
4. Baca Al-Fatihah dan surah.
5. Rukuk.
6. I'tidal.
7. Sujud macam biasa
8. Tahiyyat Akhir




*Sunat dibaca nyaring pada bacaan fatihah dan surah semasa sembahyang gerhana bulan, tidak disunatkan baca secara nyaring pada sembahyang gerhana matahari.
*setelah selesai sembahyang disunatkan membaca khutbah seperti dua khutbah hari raya, tetapi tidak disunatkan takbi pada dua khutbah itu.
*hendaklah khatib menyuruh taubat, bersedekah, puasa dan lainnya





Khutbah Pertama
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat.

Muslimin / muslimat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin:
وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
Maksudnya : Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Kita baru sahaja menyaksikan kejadian gerhana matahari pada bulan lepas dan pada malam ini pula kita dapat sama-sama saksikan bagaimana kejadian gerhana bulan. Kejadian ini mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.
Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah

Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:
سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”

Kejadian gerhana bulan dan matahari menunjukkan kepada kita bagaimana kedua kejadian ini walau pun hebat tetapi berada arahan dan perintah Allah. Walau bagaimana pun hebat dan kuat sesuatu kejadian Allah namun ia mempunyai kelemahan di mana kehebatan dan kekuatan yang tidak akan kurang walaun sedikit hanya milik Allah. Betapa malangnya sekira ada umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan sesuatu selain Allah sebagai tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang tidak seberapa sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama ini iaitu Allah. Begitu juga lahirnya ramai manusia yang hanya merasa bagaimana hebatnya pergerakan bulan, matahari dan segala cakerawala yang lain di atas landasan orbitnya tanpa berlakunya perlanggaran antara satu sama lain tetapi golongan ini gagal menjejaki tentang adanya Allah yang mengatur segala pergerakan tersebut. Inilah antara kelemahan akal manusia yang terbatas had kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka manusia tidak mampu mengenali Allah Tuhan Pencipta walau pun terlalu kagum dengan alam ciptaanNya.
Muslimin / muslimat yang dihormati sekalian,
Kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan sebaliknya ia menunjukkan antara kehebatan dan kekuasaan Allah. Kejadian gerhana juga bukanlan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu

Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
[ إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته ، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله وكبروا، وصلوا ، وتصدقوا …… ( البخاري )
Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala di mana kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah sembahyang dan bersedekahlah……

Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka.”

Muslimin / mat yang dikasihi sekalian,
Pernah suatu masa Rasulullah s.a.w terus melakukan solat sunat apabila berlakunya gerhana dengan bacaan yang panjang dalam kedaan seolah-olah seperti akan berlaku qiamat. Ini semua mengajar kita semua agar sentiasa ingat kepada hari kematian kita serta hari qiamat yang begitu dahsyat dengan kehancuran langit dan bumi termasuk bulan dan matahari. Peringatan ini sewajarnya kita perbanyakkan terutama bila berlakunya gerhana sebagaimana malam ini.
فرمان الله دالم أية 6 – 12 سورة القيامة :
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ وَخَسَفَ الْقَمَرُ وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ كَلَّا لَا وَزَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ
Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلَقَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالقَمَرَ نُوْرًا , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ
Maksudnya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ