Friday 27 July 2012

Tanda-Tanda Mengenai Malam Lailatulqadar



Alim ulama' rahimahullah menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam "Lailatulqadar".
Ada yang berkata: Orang yang menemui malam "Lailatulqadar", ia melihat nur yang terang benderang di segala tempat, hatta segala ceruk yang gelap-gelita.
Ada pula yang berkata: Ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari malaikat.
Ada juga yang berkata: Ia melihat segala benda (termasuk pohon-pohon kayu) rebah sujud. 
Ada pula yang berkata: Doa permohonannya makbul.
Imam Al-Tabari rahimahullah memilih "qaul" yang menegaskan: Bahawa semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya ia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan "melihat sesuatu atau mendengarnya" untuk menemui malam Lailatulqadar. (5)
Yakni yang penting ialah taat mengerjakan amal bakti kerana Allah semata-mata, kerana balasannya tetap terjamin dan akan dapat dinikmati di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment