السلام عليكم
Selepas selamat bersalin
danbayi itu diazankan bapanya, tibalah pula masa untuk menguruskan uri yang keluar bersama bayi itu daripada rahim ibunya. Berbagai kepercayaan masyarakat dalam cara menanam uri masih mengikut adat dan pantang larang orang dulu-dulu untuk menjamin kesejahteraan bayi tersebut agar terpelihara
dandilimpahi kebaikan.
Cara menurut kepercayaan pertama.
Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian ambil tempurung kelapa yang dicuci luar
dandalam dijadikan bekas mengisi uri itu. Tempurung yang telah berisi uri itu perlu dibungkus dengan kain putih
dandiletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.
Sebelum lubang dikambus, letakkan paku, jarum
danasam keping yang diikat bersama
danditanam sekali. Barangan itu merupakan simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Kemudian diteruskan pula tradisi dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam, dipercayai mampu mengelakkan bayi mengalami kembung perut
danmenangis sepanjang malam.
Cara menurut kepercayaan kedua
Uri yang ditanam dikatakan mempunyai ‘hubungan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir. Uri dibersihkan
dandirendam dengan air garam semalaman, ia mesti ditanam di kawasan yang orang sentiasa lalu lalang supaya anak yang bakal membesar dipermudahkan urusan
danmendapat rezeki yang mencurah-curah.
Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai
dansebatang paku. Amalan itu dipercayai akan mengurangkan masalah bayi menangis malam.
Ada juga yang meletakkan pensel, buku la katanya biar anak itu cerdik nanti.
Dan banyak lagi cara yang lain tetapi :-
menurut penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah menolak perkaitan antara penanaman uri dengan masa depan atau nasib seseorang. Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin. Seelok-eloknya uri itu diuruskan dengan penghormatan yang tinggi. Uri memang perlu dibersihkan dengan air asam
dangaram bagi menghilangkan bau
dankekotoran yang terlekat padanya agar uri tidak diselongkar oleh haiwan buas.
Uri adalah sebahagian daripada jasad manusia
dansepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah, merujuk kepada kitab Tanbihul Ghafilin. Bacaan ayat-ayat suci al-Quran juga perlu mengiringi upacara penanaman uri boleh dilakukan untuk memperoleh keberkatan.
Pakar Perbidanan
danSakit Puan, Pusat Perubatan Kedah, Dr. Kamaruzaman Ali pula menjelaskan tiada upacara khas dilakukan pihaknya untuk menguruskan uri wanita selepas bersalin. Biasanya, uri akan dibersihkan menggunakan air bersih bagi menyucikan darah yang masih terlekat sebelum diserahkan kepada keluarga pesakit untuk urusan lanjut.
Bagi yang menyucikan uri perlu memakai sarung tangan bagi mengelakkan kebarangkalian virus atau kuman yang mungkin melekat pada uri menjangkiti individu terbabit.Namun, bagi uri milik keluarga bukan Islam atau uri yang tidak dituntut, selepas dibersihkan ia akan dinyahkuman
dandibakar.
Uri juga seelok-eloknya digali
danditanam dalam lubang yang melebihi sekaki, di kawasan yang sesuai
danjauh daripada lokasi haiwan berkeliaran bagi mengelakkan uri itu digali.
Read more:http://www.anakulucheka.com/cara-cara-menanam-uri/#ixzz22yNsqFKUhttp://www.youtube.com/watch?v=1yfTwe-V-3Q